Resepi Ayam Gunting Uncle Bob Sedap & Mudah
Resepi Ayam Gunting Uncle Bob Sedap & Mudah
Bahan-bahan
Isi ayam bahagian dada (yang dah dibuang tulang)
– Basuh bersih dan potong nipis

Bahan perap
- 4 sudu sos tiram
- 4 sudu serbuk BBQ / sos black pepper Kimball
- Sedikit perahan limau / lemon
– Gaul semua bahan dan perapkan ayam selama 1 jam
Saya gunakan sos BBQ jenis ni. Memang sedap, kalau buat chicken chop pun saya biaa pakai yang ni.

Bahan saduran
- Tepung Bestari pedas / original (ikut suka)
- Tepung ubi / tepung beras
- Sedikit serbuk roti (breadcrumbs)

Tambahan
- Serbuk cili / serbuk lada putih untuk ditaburkan selepas goreng nanti
Cara Menggoreng
1. Salutkan Ayam Dengan Bahan Saduran
Selepas diperap, salutkan ayam tadi dengan semua bahan saduran di atas.
Tumbuk-tumbukkan sikit ayam tu guna lesung batu supaya bahan perasa daripada campuran tepung dapat melekat pada ayam.

2. Goreng Macam Biasa
Kemudian agak-agak dah sebati dan bersatu ayam dengan campuran tepung tu, bolehlah panaskan kuali, bubuh minyak masak dan goreng macam biasa.
3. Tabur Serbuk Cili / Lada Putih
Akhir sekali, taburkan sedikit lada putih dan serbuk cili untuk tambahkan lagi perasanya.
Baru ‘kick‘!
Lepas tu bolehlah guntingkan ikut suka ayam tu nak besar macam mana.

Mudah & Jimat Buat Sendiri Dekat Rumah
Dah siap, tengok hasilnya. Sekali pandang, sebijik macam ayam gunting Uncle Bob!
Tak payah susah-susah nak beli lagi, boleh buat sendiri kat rumah. Semua dapat makan puas-puas.
Simple je kan? Bolehlah buat kudap-kudap hujung minggu ni.
Selamat mencuba!
Sumber: https://www.google.com/amp/s/siraplimau.com/resepi-ayam-gunting-uncle-bob/amp/
Comments
Post a Comment